MAKLUMAT MENGENAI KEJADIAN MASA DEPAN DI DALAM AL-QURAN
PENGENALAN
Satu
lagi aspek keajaiban Al-Qur'an ialah bahawa ianya mendedahkan lebih
awal lagi beberapa peristiwa penting yang berlaku di masa hadapan. Ayat
27 surah al-Fath, sebagai contoh menyampaikan khabar gembira bahawa
mereka akan menakluk Mekah yang mana ketika itu di bawah penguasaan
masyarakat jahiliyyah.
"Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada
rasulnya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa
sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah dalam
keadaan aman, mencukur rambut dan kepada dan mengguntingnya, sedang kamu
ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang hampir
(Penaklukan Khaibar). (Surah Al-Fath, 27)
Dalam pertimbangan yang
lebih teliti, ayat ini seolah-olah mengumumkan satu lagi kemenangan
yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sebenarnya, seperti yang
dinyatakan di dalam ayat, orang mukmin akan mula menakluk perkampungan
Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan kemudian
memasuki Mekah.
Pemberitaan mengenai peristiwa ini yang akan
terjadi di masa hadapan hanyalah sebahagian dari kebijaksaan di dalam
Al-Qur'an. Dan ini juga adalah bukti bahawa Al-Qur'an adalah kalam
Tuhan, Maha Mengetahui. Kemenangan Byzantin adalah secebis dari khabar
berita yang diberikan mengenai masa hadapan, bersama-sama dengan
maklumlat lain yang tidak diketahui oleh manusia ketika itu. Hal yang
paling menarik mengenai peristiwa sejarah ini, yang akan kita lihat
secara terperinci di lembaran berikutnya, iaitu kekalahan kerajaan Rom
di kawasan paling rendah di permukaan bumi. Hal ini menarik kerana frasa
'kawasan yang paling rendah' secara khusus di tekan dalam ayat yang
berkaitan dengan kemajuan teknologi ketika itu, ianya sangat jelas
mustahil untuk membuat pengukuran dan menentukan titik yang paling
rendah di muka bumi. Sebenarnya, ini adalah wahyu yang diturunkan kepada
umat manusia dari Tuhan yang Maha Mengetahui.
KEMENANGAN BYZANTIN.
Sepotong
ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan
dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar
Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini,
ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar
tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.
"Alif, Lam, Mim. Telah
dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi,
dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. (Surah Ar-Rum: 1-4.)
Ayat
ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun
selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan
penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut
bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa
yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung
kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya,
bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia,
tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada
empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota
Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya
meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi
menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak
mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang
sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan
empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia,
Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di
bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.
Ringkasnya,
semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah.
Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan
kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat
mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini,
mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an
itu tidak akan menjadi kenyataan.
Lebih kurang 7 tahun selepas
ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi,
peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di
Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya
menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia
telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka
menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas.
Di akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang dinyatakan oleh Maha Suci di dalam Al-Qur'an, menjadi kenyataan
Satu
lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran
mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun
ketika itu.
Dalam ayat ke 3 surah Rom, kita dimaklumkan bahwa
kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan
bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang
berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah
pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk
pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa
arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard'
bermaksud bumi.
Dengan itu kenyataan 'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.
Apa
yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar
Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah
Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi.
Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik
persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang
terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling
rendah di muka bumi.
Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin
telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang
dinyatakan dalam ayat tersebut.
Seperkara yang penting di sini
ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik
pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk
mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi.
Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian
bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha
Suci Tuhan.
FAKTA PENTING DI SEBALIK PERKATAAN HAMAN DI DALAM AL-QUR'AN
Maklumat
yang diberikan di dalam Al-Qur'an mengenai tamadun mesir purba
mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap
sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita
bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur'an telah diturunkan oleh Maha
Tinggi Bijaksana.
Haman
adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur'an, bersama-sama
dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam 6 tempat yang berbeza di
dalam Al-Qur'an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.
Apa
yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab
Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s.
Bagaimanapun, nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab
perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang
menimpakan banyak kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1.100
tahun selepas era Nabi Musa.
Segolongan penganut non-muslim, yang
mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur'an dengan menyalin
dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini
Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam
kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur'an secara tidak tepat.
Kemustahilan
dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik
bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama
Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba.
Misteri hiroglifik
mesir purba akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun 1799 dengan
penemuan sebuah batu bersurat yang dinamakan 'Rosetta Stone' .
KEWUJUDAN ALAM SEMESTA
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;
“Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi”.( Surat al-An'aam:101.)
Maklumat
yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat
dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai
dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama
dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang
besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali
sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari
ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan
saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan
paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan
asal kewujudan alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi,
tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang
kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat
diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan.
Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden,
telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.
PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA
Dalam
Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang
astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah
diterangkan seperti berikut;
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)
Edwin Hubble
Perkataan
'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak
tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di
sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam
perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses
pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang
diputuskan oleh dunia sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke
20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam
semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa
keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan
melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah
menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan
berkembang secara konstan.
Pada permulaan abad ke 20, seorang
ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George
Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta
adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya
berkembang.
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari
pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli
astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan
teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi
bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam
semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi
sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu.
Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa
alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di
jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah
diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan,
maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.
PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI
Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.
"dan
apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi
itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan),
kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan
segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?".
(Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit
yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab.
Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina
suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan
fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan
dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih
yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di
dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah
berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu
dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat
pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal
mengandungi semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain,
setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi,
juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini
kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan
materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur
alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat
Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa
kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama
lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak
diketahui sehingga abad ke 20.
ORBIT DI DALAM AL-QURAN
Ketika
menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya
ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;
“Dia
yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka
berenang di falak (tempat peredarannya).” (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
“Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. “ (Surah Yaasin;38)
Fakta
yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian
astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi,
matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam
mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar
Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara
anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit
yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga
turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang
dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang
telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan” (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua
objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah
dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit
masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama
dengan yang lain.
Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit
dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini,
tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan
yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam
pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau
bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an
di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini
atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer
ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang
moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk
menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan
lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an.
Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam
Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah
kalam Tuhan.
BENTUK SFERA BUMI
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah Az-Zumar:5)
Dalam
Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta
adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut'
dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia
bermakud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai
satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan
ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang
lain seperti mana orang yang memakai serban.
Maklumat yang
diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara
satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia.
Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk
bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke
7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.
Ianya
harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika
itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi
berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan
berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah
memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh
kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat
digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.
LANGIT SEBAGAI BUMBUNG PROTEKTIF.
Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;
“
Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka
berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.”
(Surah al-Anbiya; 32)
Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.
Ruang
atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang
sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika
memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia
menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk
hidupan.
Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang
dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang
menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya
nampak, tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua
jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak,
yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah sangat
diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang
membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra violet
dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar
oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling
penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah
permukaan bumi.
Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di
sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar
angkasa, dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.
Sebenarnya
atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan
kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt,
lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai
perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet
kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh
matahari dan bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk
hidupan. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran
oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap
terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.
Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;
Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan
magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi
dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan
tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai
medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih
kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita,
tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah
satu rekaan yang unik kepada bumi.
Tenaga yang dipancarkan dari
salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan
dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang
digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas
magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250
kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah
selsius.
Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi.
Ia
mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Saintis
hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah
menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang
berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.
PENGITARAN DI ATAS LANGIT.
Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan' langit;
“Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran”.( Surat at-Tariq;11)
Perkataan
yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penerjemahan Al-Qur'an juga
bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian'.
Seperti yang
diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa
lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan.
Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi
pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula
ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti
beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan
yang mengelilingi ruang langit bumi.
Troposfera, setinggi 13
hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan
wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan.
Lapisan
ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran
merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali
ke luar.
Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio
dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi
satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran
liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.
Lapisan
magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya
yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula
ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.
Fakta mengenai
sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini
telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an, sekali lagi menunjukan
bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.
LAPISAN ATMOSFERA
Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;
“Dia-lah
Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia
berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan
Dia maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah; 29)
“Maka
Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada
tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan
bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan
sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha
Mengetahui. “ (Surah Fusilat; 12)
Perkatan 'langit-langit', yang
mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di
atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan
tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri
daripada 7 lapisan.
Kajian kontemporari mendapati bahawa
atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih
menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah
digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.
Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;
Para
saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa
lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan
atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir
kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih
kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera
dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana
penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan
mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang
dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.
Jika
kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati
atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan
dalam Al-Qur'an.
Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam
ayat ini 'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam
surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran
ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai
peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka
bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari
fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman
radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga
menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.
Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;
Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.
Ini
adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat
diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah
nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.
KEBATILAN TEORI DARWIN
Halangan Pertama Yang Gagal diAtasi: Asal Usul Kehidupan
Teori
evolusi ini mendakwa bahawa semua spesis hidupan wujud dari satu sel
tunggal, yang timbul dalam zaman dunia primitif lebih kurang 3.8 ribu
juta tahun dahulu. Bagaimana satu sel tunggal membentuk jutaan spesis
hidupan yang kompleks, dan sekiranya benar seperti dakwaan mereka bahawa
proses evolusi berlaku sedemikian, kenapa kesannya dari rekod-rekod
fosil tidak ditemui, merupakan persoalan yang belum dapat dijawab. Bagaimanapun,
pertama dan yang paling penting, kita mesti berhenti pada titik pertama
dakwaan teori evolusi ini. Bagaimana dakwaan "sel tunggal" ini wujud?.
Ketika
teori evolusi ini menafikan penciptaan dan tidak menerima sebarang
campurtangan kuasa luar biasa, ia mempertahankan bahawa 'sel pertama'
terhasil secara kebetulan di dalam lingkungan hukum alam, tanpa sebarang
rekaan, perancangan atau peraturan. Berdasarkan kepada teori ini,
materi non-hidupan pasti menghasilkan satu sel hidup sebagai hasil
kebetulan. Ini, akan tetapi, adalah sebuah dakwaan yang tidak konsisten
dengan hukum-hukum biologi yang sangat mantap dan kukuh.
'Kehidupan Lahir Dari Kehidupan'.
Darwin
tidak menyebut mengenai asal usul hidupan di dalam bukunya. Disebabkan
pemahaman saintifik yang masih primitif di zamannya, dia menganggap
benda hidupan hanya mempunyai struktur yang ringkas. Menurut teori yang
dikenali sebagai 'generasi spontan' yang dipercayai sejak Zaman
Pertengahan, ianya dipercayai bahwa zarah-zarah non-hidupan akan berpadu
bersama-sama dengan nasib dan membentuk suatu makhluk hidupan. Pada
masa itu, masyarakat umum mempercayai bahawa serangga terbentuk dari
sisa makanan dan tikus terbentuk daripada gandum.
Eksperimen
yang 'menarik' dilakukan untuk membuktikannya. Sedikit gandum di
tebarkan ke atas timbunan kain buruk yang kotor, dan ianya difikirkan
bahawa setelah menanti seketika, tikus akan menjelma daripada kombinasi
itu.Daging yang menjadi ulat adalah bukti bahawa hidupan menjelma
daripada unsur-unsur bukan hidup. Sebaliknya, setelah difahami kemudian
bahawa ulat-ulat itu sebenarnya tidak wujud dengan sendiri dari
permukaan daging, tetapi timbul dari larva, lebih kecil dari apa yang
boleh dilihat oleh mata, yang dibawa oleh lalat dan ditinggalkan di
situ.
Ketika Darwin menulis bukunya ‘The Origin of Species’,
kepercayaan bahawa bakteria boleh wujud dari benda non-organik (bersifat
hidupan) mendapat penerimaan luas dalam dunia sains.
Padahal,
lima tahun setelah penerbitan buku Darwin, ahli biologi Perancis
terkenal Louis Pasteur, secara terperinci memusnahkan kepercayaan ini
yang merupakan asas evolusi.
Sebagai hasil dari kajian yang
panjang dan pemerhatiannya, Pasteur sampai kepada keputusan dalam
pernyataannya 'dakwaan bahawa benda yang mati boleh melahirkan kehidupan
telah dikubur dalam sejarah demi kebaikan'.
Orang yang
mempertahankan teori evolusi ini, menolak penemuan Pasteur ini untuk
masa yang panjang. Kini, sains yang berkembang maju dan telah
menunjukkan bahawa struktur yang rumit dalam sel hidupan, kesalahan
dakwaan bahawa hidupan wujud dengan sendiri menjadi lebih jelas.
Usaha Tidak konklusif Abad ke 20.
Di
abad ke 20 ini, evolusionis yang pertama meneruskan subjek asal usul
hidupan ini ialah ahli biologi Russia Alexander Oparin. Dalam banyak
tesisnya yang dibentangkan dalam tahun 1930 an, dia cuba untuk
menerangkan bahawa sel hidupan telah wujud melalui kebetulan. Tetapi
usaha ini berakhir dengan kegagalan, dan Oparin membuat sendiri
pengakuannya 'malangnya, asal usul sel ini akan kekal menjadi persoalan
yang mana sebenarnya ia adalah titik yang paling gelap dalam keseluruhan
teori evolusi'.
Para evolusionis yang mengikuti jalan yang sama
dengan Oparin cuba untuk melakukan eksperimen untuk menyelesaikan
masalah asal usul hidupan ini. Eksperimen yang paling terkenal ialah
yang dilakukan pada tahun 1953 oleh seorang ahli kimia Amerika yang
terkenal, Stanley Miller. Miller menyatukan beberapa gas, yang
didakwanya sebagai atmosfera bumi primitif dalam kondisi eksperimen,
menambahkan tenaga kepada campuran ini, dan mensintesiskan beberapa
molekul organik (asid amino) yang digunakan dalam penghasilan protein.
Pembatalan
kepada eksperimen itu, yang mana dalam tahun itu dianggap sebagai
langkah penting di atas nama evolusi, dan atmosfera yang digunakan dalam
eksperimen itu ialah perbezaan yang besar berbanding dengan dunia
sebenar, ditimbulkan beberapa tahun berikutnya.
Selepas berdiam diri seketika, Miller akhirnya sendiri mengakui bahawa atmosfera yang digunakan adalah tidak realistik.
Semua
usaha-usaha proses evolusi sepanjang abad ke 20 ini untuk menerangkan
masalah asal usul hidupan berakhir dengan kegagalan. Seorang ahli
geokimia, Jeffrey Bada dari institut Scribb di Sandiego mengakui
kebenaran ini dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1998 dalam
majalah Earth golongan evolusionis;
Hari ini sempena abad yang
akan kita tinggalkan, kita masih menghadapi masalah yang rumit yang
masih belum selesai yang kita miliki apabila memasuki abad ke 21; iaitu
bagaimana asal usul kehidupan dimulakan di bumi?.
Struktur Kompleks Hidupan.
Sebab
asas teori evolusi ini menjadi kesukaran yang besar berhubung dengan
asal usul hidupan ialah satu fakta bahawa hidupan yang dianggap sebagai
struktrur yang ringkas, sebenarnya mempunyai struktur kompleks yang
sukar untuk dibayangkan. Sel hidupan ini jauh lebih kompleks dari semua
keluaran teknologi yang pernah dihasilkan oleh manusia. Tahap kerumitan
ini, sehinggakan makmal yang paling canggih di dunia pun tidak mampu
menghasilkan zarah-zarah bukan hidupan yang berpadu dan menghasilkan sel
hidupan.
Keadaan yang diperlukan untuk kewujudan sel ini adalah
lebih jauh dari apa yang boleh diterangkan melalui kebetulan.
Kebarangkalian protein yang merupakan blok binaan bagi sel untuk
disintesiskan secara kebetulan ialah 1 peluang dalam 10950 untuk satu
purata protein terhasil dari 500 amino asid. Dalam matematik,
kebarangkalian yang lebih kecil dari 1 melebihi 10 secara praktikalnya
adalah dianggap mustahil.
Molekul DNA, yang terkandung dalam
nukleus sel dan yang mengandungi maklumat genetik, merupakan satu bank
data yang menakjubkan. Sekiranya kod genetik manusia ditulis ke dalam
kertas ianya akan memenuhi satu perpustakaan dengan 900 jilid, 500
lembar kertas setiap jilid.
Dan di sini satu perkara penting
untuk ditambah: DNA hanya boleh mereplikasi dengan pertolongan beberapa
protein khusus (enzim). Bagaimanapun, pembentukan enzim-enzim ini hanya
terjadi dengan maklumat yang telah dikodkan dalam DNA. Pergantungan di
antara satu sama lain ini, menunjukkan bahawa kesemuanya ini mesti
berada pada masa yang sama untuk proses replikasi. Ini menjadikan
senario dakwaan bahawa hidupan terbentuk sendiri menemui kebuntuan.
Seorang profesor evolusi terkenal, Leslie Ogel dari San Diego Amerika,
mengakui kebenaran ini pada edisi Oktober 1994 majalah Scientific
American;
Ianya suatu yang sangat-sangat mustahil untuk diterima
bahawa protein dan nuklik asid, kedua-duanya yang sangat kompleks secara
struktur, wujud secara spontan di tempat yang sama pada masa yang sama.
Namun ianya juga mustahil untuk kewujudan salah satu tanpa
kedua-duanya. Dan maka, pada sekilas pandang, seorang boleh menyimpulkan
bahawa hidupan tidak akan, yang sebenarnya, terwujud dengan cara kimia
semata.
Satu yang tidak diragui, bahawa sekiranya suatu yang
mustahil untuk hidupan wujud melalui kesan semulajadi, maka seseorang
itu mesti menerima kebenaran bahawa hidupan mesti 'diciptakan' dengan
cara luarbiasa. Kebenaran ini secara terbuka membatalkan teori evolusi,
yang tujuan utamanya ialah untuk menafikan kebenaran Penciptaan.
Mekanisme Imaginasi Mengenai Evolusi.
Titik
kedua yang penting membatakan teori Darwin ini ialah fakta bahawa suatu
yang telah direalisasikan oleh dua konsep yang dikemukakan oleh teori
ini sebagai 'mekanisme proses evolusi' sebenarnya tidak memiliki
sebarang kuasa evolusi.
Darwin secara total menghubungkan teori
evolusi yang dikemukakannya kepada mekanisme 'pilihan semulajadi'.
Kepentingan yang digantungkan bersama dengan mekanisme ini jelas dilihat
dalam bukunya The Origin of Species, by Means Natural Selection'
Ianya
berasaskan kepada idea iaitu dalam persaingan untuk kekal di dalam alam
hidupan yang mana lebih kuat dan mampu beradaptasi ke dalam keadaan
semulajadi, akan terus kekal. Sebagai contoh, sekawan rusa yang diancam
oleh haiwan pemangsa, rusa yang berlari dengan pantas akan terus hidup.
Dalam keadaan ini, sekumpulan rusa yang terus hidup itu terdiri dari
individu yang pantas dan bertenaga. Tetapi sudah jelas bahawa mekanisme
ini tidak menyebabkan rusa berevolusi, ianya tidak boleh menukarkan rusa
menjadi spesis lain, contohnya kuda.
Atas alasan ini, mekanisme
pilihan semulajadi tidak memiliki sebarang kuasa proses evolusi. Darwin
menyedari fakta ini, dan dalam The Origin of Species dia terpaksa
mengakui;
Pilihan wajar ini tidak dapat melakukan apa-apa sehingga variasi yang berfaedah mempunyai peluang untuk terjadi.
Impak Lamarck.
Jadi,
bagaimana 'variasi menguntungkan' ini terjadi? Dalam waktu pemahaman
saintifik yang masih primitif di zamannya, Darwin cuba menyandarkan
jawapan bagi persoalan ini kepada Lamarck. Menurut ahli biologi Perancis
Lamarck, yang hidup sebelum Darwin, benda hidupan menurunkan perubahan
fizikal yang mereka alami sepanjang hidup mereka kepada generasi
seterusnya, dan generasi baru yang terhasil adalah hasil dari
sifat-sifat yang terkumpul dari generasi ke generasi lain. Sebagai
contoh, dalam pandangan Lamarck, zirafah berkembang daripada kijang,
yang lehernya berkembang menjadi lebih panjang dari generasi ke satu
generasi ketika bersaing untuk memakan daun pada dahan yang tinggi.
Darwin
memberikan contoh yang sama, misalan seperti yang didakwanya dalam ‘The
Origin of Species’ bahawa beruang-beruang yang masuk ke dalam laut
bertukar menjadi ikan paus dengan peredaran masa.
Tetapi hukum
pewarisan yang ditemui oleh Mendel, yang mana telah pun dibuktikan oleh
kemajuan sains di abad ke 20 ini, memusnahkan mitos bahawa sifat yang
diperolehi boleh diturunkan kepada generasi seterusnya. Dengan ini,
pilihan semulajadi merupakan satu yang tidak bererti, dan dengan sebab
itu, ianya menjadi suatu mekanisme yang langsung tidak memberi kesan
apa-apa.
Neo Darwinisme Dan Mutasi.
Dalam
usaha mencari penyelesaian dalam situasi ini, penganut Darwinisme telah
mengemukakan 'teori sintetik moden', atau neo-Darwinisme sebagai mana
yang diketahui dunia pada akhir tahun 1930 an. Di samping pilihan
semulajadi, neo-Darwinisme menambah lagi kenyataan seperti 'sebab kepada
variasi yang berfaedah', mutasi, atau kerosakan di dalam gen makhluk
hidupan adalah kesan dari pengaruh luaran seperti radiasi atau kesilapan
duplikasi.
Dan sehingga hari ini, model yang mempertahankan
kesahannya atas nama evolusi ialah neo-Darwinisme. Teori ini mengekalkan
dakwaan bahawa jutaan makhluk hidupan dalam dunia timbul sebagai hasil
mutasi, atau kesilapan genetik sepanjang masa, di dalam organ kompleks
hidupan ini seperti telinga, mata, paru-paru dan kepak. Tetapi di sana
terdapat fakta saintifik yang menolak teori ini; mutasi tidak memajukan
hidupan, sebaliknya, merosakkan mereka.
Sebab untuk ini sangat
mudah, DNA mempunyai struktur yang sangat kompleks, sebarang
kebarangkalian perubahan dalam molekul akan membawa kerosakan. Seorang
pakar genetik Amerika B. G. Ranganathan menerangkan seperti berikut;
Mutasi
adalah kecil, rawak dan merbahaya. Ianya jarang berlaku dan kemungkinan
yang baik ialah ianya tidak memberi kesan. Empat ciri mutasi ini
menunjukkan bahawa mutasi tidak membawa kepada perkembangan melalui
proses evolusi. Perubahan rawak dalam organisma khusus yang tinggi ialah
samada tidak berjaya atau sangat merbahaya. Perubahan sembarangan dalam
jam tidak membaiki jam itu.
Ianya sangat mungkin
membahayakannya atau yang paling baik, tidak memberi apa-apa kesan.
Gempa bumi tidak memperbaiki bandar, sebaliknya ia membawa kehancuran.
Tidak
menghairankan, tiada contoh mutasi, yang berguna, yang dapat
diperhatikan membangunkan kod genetik sejauh ini. Suatu yang jelas kini
ialah semua mutasi adalah membahayakan. Ianya suatu yang disedari bahawa
mutasi teori evolusi, yang dicadangkan sebagai 'mekanisme proses
evolusi' sebenarnya adalah satu kejadian genetik yang hanya merosakkan
dan melumpuhkan hidupan. (mutasi yang paling biasa dalam manusia ialah
kanser). Sudah tentu mekanisme yang merosakkan tidak dapat menjadi satu
'mekanisme evolusi'. Pilihan semulajadi yang diakui oleh Darwin, 'tidak
dapat melakukan apa-apa dengan sendirinya'. Kebenaran ini menunjukkan
kepada kita bahawa tidak ada 'mekanisme proses evolusi' dalam alam. Dan
sekiranya mekanisme proses evolusi tidak wujud, maka period yang
diimaginasikan yang dipanggil proses evolusi juga tidak harus wujud.
Rekod-Rekod Fosil: Tiada Tanda Bentuk peralihan.
Bukti yang paling jelas yang menunjukkan bahawa senario teori evolusi ini tidak pernah terjadi ialah catatan rekod fosil.
Menurut
teori evolusi, makhluk hidupan berkembang dari satu sama lain. Spesis
yang wujud lebih awal bertukar kepada bentuk lain sepanjang peredaran
masa dan semua spesis timbul melalui cara ini. Menurut teori ini juga,
perubahan ini meliputi waktu jutaan tahun dan digerakkan ke depan,
langkah demi langkah.
Hal ini menjadi satu kes, bahawa jutaan 'spesis
peralihan' (transition form) seharusnya timbul dan hidup sepanjang
waktu perubahan yang didakwa ini.
Sebagai contoh, pada waktu
dulu, sekalipun ikan mengekalkan ciri-cirinya, tetapi seharusnya dia
memiliki beberapa ciri-ciri reptilia, dan makhluk setengah ikan-setengah
reptilia mesti wujud. Atau, sementara masih memiliki ciri-ciri
reptilia, mereka mesti memiliki ciri-ciri burung dan makhluk
reptilia-burung mesti wujud. Hal Ini, oleh kerana mereka berada dalam
period transformasi, maka seharusnya ada bentuk-bentuk yang lemah, tidak
lengkap, dan cacat. Para evolusionis menamakan makhluk begini yang
mereka percayai pernah hidup ketika dahulu sebagai 'bentuk-bentuk
peralihan'.
Sekiranya makhluk ini benar-benar wujud zaman dahulu,
bilangannya dan kepelbagaiannya mesti mempunyai angka berjuta-juta. Dan
tanda-tanda makhluk yang benar-benar ganjil ini mesti ditemui di dalam
rekod-rekod fosil. Dalam theOrigin of Species Darwin menerangkannya
seperti berikut;
Jika teori saya menjadi benar, jutaan
jenis-jenis peralihan yang menghubungkan secara rapat semua spesis
kumpulan yang serupa bersama mestilah wujud secara pasti …..sebagai
akibatnya, bukti-bukti bekas kewujudan mereka hanya boleh ditemui di
antara fosil-fosil yang tinggal.
Harapan Darwin Yang Musnah.
Meskipun
kajian fosil yang dilakukan bagai hendak gila dalam semua bidang yang
bermula dari pertengahan abad ke 19 hingga kini, sebarang fosil
bentuk-bentuk peralihan bagaimanapun sehingga hari ini masih gagal untuk
ditemukan. Semua penemuan-penemuan yang dilihat dalam kerja cari gali
dan penyelidikan yang telah dijalankan, jauh menunjukkan dari apa yang
dijangkakan oleh para evolusionis, sebaliknya menunjukkan bahawa makhluk
hidupan timbul seadanya, cukup sempurna dan lengkap.
Seorang paleontologis (pakar fosil) British terkemuka Derek W. Ager mengakui hal ini meskipun seorang evolusionis;
Hal
yang timbul sekiranya kita mengkaji rekod fosil secara terperinci,
samada peringkat order atau spesis, kita akan menemui -berulang kali-
bukanlah proses evolusi perlahan-lahan, sebaliknya letupan secara
tiba-tiba satu kumpulan dalam tanggungan satu yang lain.
Dalam
perkataan lain, rekod fosil, semua spesis makhluk hidupan timbul secara
tiba-tiba dan dalam bentuk terakhir mereka, menunjukan tidak terdapat
sebarang peralihan bentuk di antara mereka. Ini adalah tentangan yang
tepat kepada pandangan Darwin. Selanjutnya ini adalah bukti yang paling
kuat bahawa makhluk hidupan adalah dicipta. Kerana satu-satunya
penjelasan mengenai kewujudan hidupan yang bersifat tiba-tiba dan
sempurna tanpa leluhur sebagai titik mula evolusi ialah bahawa mereka
sebenarnya diciptakan. Kebenaran ini diterima oleh seorang evolusionis
dan biologis yang terkenal, Douglas Futuyama;
Penciptaan dan
Evolusi, di antara mereka, penjelasan mutlak yang mungkin mengenai asal
usul makhluk hidupan. Organisma daratan kedua-duanya kembang atau tidak.
Jika berkembang, maka mereka harus berkembang melalui spesis yang wujud
lebih dahulu melalui beberapa proses modifikasi. Sekiranya mereka
timbul alam bentuk yang tiba-tiba maju, mereka seharusnya telah
diciptakan oleh suatu Kuasa yang bijaksana.
Fosil-fosil menunjukkan bahawa makhluk hidupan timbul dalam dunia secara lengkap dan dalam bentuk yang sempurna. Dalam ayat lain, 'asal usul spesis', yang bertentangan dengan anggapan Darwin ialah merupakan hasil Penciptaan dan bukan evolusi.
Mitos Mengenai Evolusi Manusia.
Perkara
yang paling kerap dikemukakan oleh penyokong teori evolusi ialah asal
usul manusia. Dakwaan golongan darwinis mengenai perkara ini ialah
dengan menganggap bahawa manusia moden yang hidup hari ini adalah
keturunan dari beberapa makhluk seperti monyet. Dalam period ini, yang
dianggarkan lebih kurang 4-5 juta tahun lalu, ianya didakwa bahawa di
sana wujud 'bentuk peralihan' di antara manusia moden dan leluhurnya.
Dalam bentuk fakta, terdapat 4 'kategori' asas dalam keseluruhan senario
ilusi ini;
1. Australopithecus
2. Homo habilis
3. Homo erectus
4. Homo sapiens
Para
evolusionis memberikan nama Australopithecus yang bermaksud beruk
selatan kepada leluhur manusia yang paling awal seperti monyet ini. Spesis
ini sebenarnya adalah satu spesis beruk yang sudah pupus. Penyelidikan
yang luas dan teliti yang dilakukan oleh Lord Solly Zuckerman dan
Professor Charles Oxnard, dua pakar anatomi terkenal dari Britain dan
Amerika mengenai Australopithecus, telah mendapati bahawa makhluk ini
sebenarnya adalah sejenis spesis beruk yang sudah pupus dan tidak
mempunyai sebarang persamaan dengan manusia.
Para
evolusionis membahagikan fasa evolusi manusia berikutnya kepada kelas
'homo' atau manusia. Menurut dakwaan ini lagi, hidupan dalam siri 'homo'
ini lebih maju dari Australopithecus. Evolusionis juga membentangkan
tulang fosil makhluk yang berbeza ini sebelah menyebelah, dan menyusun
satu rajah evolusi melalui imaginasi mereka. Gambarajah yang terhasil
ini adalah satu imaginasi, kerana menurut fakta sebenarnya, tidak ada
sebarang penghubung proses evolusi antara kelas-kelas yang berbeza ini
yang dapat dibuktikan. Ernst Mayr, seorang penyokong terpenting teori
evolusi abad ke 20 ini telah menerima hal ini dengan berkata 'rantai
yang mencecah sejauh homo sapiens sebenarnya telah hilang'.
Ketika
menggambarkan gambarajah kedudukan Australopithecus>Homo
habilis>Homo erectus>Homo sapiens, evolusionis berkata, bahawa
setiap spesis merupakan leluhur kepada spesis berikutnya. Sebaliknya
penemuan terbaru oleh seorang paleontologis menunjukkan bahawa
Australopithecus, homo Habilis dan homo Erectus telah menetap pada masa
yang sama, di bahagian lain dalam dunia.
Selanjutnya, dengan
menjadi kelas yang masih hidup dari homo Erectus sehingga hari ini: homo
sapiens Neandertalensis dan homo sapien Sapien (manusia moden) ditemui
hidup sekali di masa yang sama.
Hal ini, sudah tentu menunjukkan
pembatalan mengenai kelas-kelas ini yang didakwa sebagai leluhur kepada
jenis yang berikutnya. Stephen Jay Gould, seorang dari peleontologis
universiti Harvard, sekalipun merupakan seorang evolusionis, menerangkan
dilemma yang dihadapi oleh teori Darwin dalam hal ini;
Apa yang
akan terjadi kepada tangga kami, jika di sana ada tiga hominid keturunan
yang tinggal bersama-sama (Australopithecus Africanus, Robust
Australopithecines, Homo Habilis), tidak jelas siapa yang timbul dari
siapa? Selebihnya, tidak ada satu pun dari ketiga-tiganya mempamerkan
arah proses evolusi sewaktu kedudukan mereka di dalam dunia.
Secara
ringkasnya, lukisan-lukisan yang digambarkan dalam surat khabar atau
dalam buku sekolah mengenai gambaran makhluk 'setengah manusia setengah
monyet', dan dalam ayat lain, sinopsis evolusi manusia yang mereka cuba
hidupkan sekadar dengan metode propaganda, adalah merupakan suatu mitos
tanpa asas saintifik.
Meskipun seorang evolusionis, Lord Solly
Zuckerman seorang saintis Britain yang dihormati dan terkemuka, mengkaji
hal ini berapa tahun lamanya, dan melakukan 15 kajian terhadap fosil
Australopithecus, dan akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa tidak ada
satu rumpun keluarga yang nyata, berkembang dari makhluk seperti beruk
itu yang sampai kepada manusia.
Zuckersman juga membuat satu
'spektrum sains' yang menarik. Dia menyenaraikan 'spektrum' ini dari
cabang-cabang pengetahuan yang diterimanya sebagai saintifik sehingga
kepada yang tidak diterimanya sebagai saintifik. Di bawah jadual
Zuckerman, yang paling saintifik atau dalam perkataan lain, yang
berdasarkan kepada keputusan yang lebih konkrit, ialah cabang kimia dan
fizik. Selepas itu barulah sains biologi, dan sains sosial. Pada
bahagian akhir spektrum ini, bahagian yang dianggap paling tidak
saintifik menurut Zuckerman ialah 'persepsi luarbiasa' -konsep seperti
telepati dan firasat- dan yang terakhir ialah evolusi manusia!!.
Zuckerman menerangkan kedudukan akhir spektrum ini sebagai berikut;
Kita
kemudian bergerak ke kanan gambaran kebenaran objektif ke dalam
bidang-bidang sains biologikal yang bersifat andaian seperti, persepsi
luarbiasa atau mengenai penafsiran sejarah fosil manusia, di mana bagi
evolusionis apa saja mungkin -dan di mana dengan semangat berkobar-kobar
tukang percaya (dalam evolusi) kadang-kadang boleh mempercayai beberapa
perkara bertentangan pada waktu yang sama.
Dengan ini, mitos
evolusi manusia ini mengandungi ulasan yang prejudis oleh segelintir
orang yang percaya secara membuta tuli kepada teori-teori yang
berasaskan fosil yang mereka temui.
Teknologi Dalam Mata Dan Telinga.
Seperkara
lagi yang masih kekal tanpa sebarang jawapan oleh teori evolusi ini
ialah ketinggian kualiti persepsi dalam telinga dan mata.
Sebelum
meneruskan subjek mengenai mata ini, mari kita secara ringkas menjawap
soalan 'bagaimana kita melihat'. Sinaran cahaya yang datang dari objek
jatuh ke atas retina mata. Di sini sinaran cahaya ini ditukarkan kepada
isyarat elektrik oleh sel-sel dan sampai ke titik kecil di belakang otak
yang dipanggil pusat penglihatan. Isyarat elektrik ini ditefsirkan
sebagai sebuah imej di pusat otak setelah melalui beberapa siri proses.
Dengan latar belakang teknikal ini. mari kita fikirkan sejenak.
Otak
merupakan organ yang kalis dari cahaya. Ini bermakna bahagian dalam
otak adalah amat gelap, dan cahaya tidak dapat sampai ke bahagian di
mana otak terletak. Bahagian yang dipanggil pusat penglihatan merupakan
tempat yang sangat gelap di mana cahaya tidak dapat sampai kepadanya,
ianya mungkin, bahkan tempat yang paling gelap kamu pernah ketahui. Akan
tetapi, sebenarnya kamu melihat terang benderang dan kekilauan dunia
ini dari pusat kegelapan ini.
Imej yang terbentuk di dalam mata
ini sangat tajam dan jelas, bahkan teknologi abad ke 20 ini tidak mampu
untuk menghasilkannya. Sebagai contoh, lihat pada buku yang kamu baca,
yang berada di tangan kamu, kemudian angkat kepala kamu dan perhatikan
sekeliling kamu. Pernahkah kamu melihat imej seperti ini ketika melihat
tempat lain? Sekalipun skrin televisyen yang dihasilkan oleh pengeluar
televisyen terhebat di dunia masih tidak dapat menghasilkan imej seperti
ini kepada kamu. Imej
ini bersifat tiga-dimensi, berwarna dan mempunyai ketajaman yang
tinggi. Untuk lebih seratus tahun, beribu-ribu jurutera berusaha untuk
menghasilkan imej dengan ketajaman seperti ini. Kilang-kilang, premis
besar telah didirikan, banyak kajian telah dibuat, perancangan dan
rekaan juga dilaksanakan untuk tujuan ini. Sekali
lagi, lihat di skrin televisyen dan buku yang berada di tangan kamu.
Kamu akan melihat di sana ada perbezaan besar dari sudut ketajaman dan
kejelasan. Selanjutnya, skrin televisyen hanya memaparkan imej dua
dimensi, sebaliknya melalui mata kamu, kamu melihat perspektif mendalam
imej tiga dimensi.
Untuk beberapa tahun, puluhan ribu jurutera
cuba untuk menghasilkan televisyen tiga dimensi untuk mencapai kualiti
penglihatan seperti mata. Memang benar, mereka telah membuat sistem
televisyen dengan tiga dimensi, tetapi ianya tidak mungkin dapat di
lihat tanpa meletakkan kaca-kaca; dan lagi ia hanyalah sekadar imej tiga
dimensi yang palsu. Latar belakangnya lebih kabur, latar depannya timbul seperti latar kertas. Tidak
sekali-kali mungkin untuk menghasilkan penglihatan yang tajam dan jelas
seperti mata. Dalam kedua-dua kamera dan televisyen, terdapat imej yang
kurang berkualiti.
Evolusionis mendakwa bahawa mekanisme yang
menghasilkan imej yang tajam dan jelas ini terbentuk dengan kebetulan.
Sekarang, sekiranya seorang memberitahu kamu bahawa televisyen di bilik
kamu terjadi hasil daripada kebetulan, bahawa semua zarah-zarahnya
tiba-tiba bersatu dan membentuk alat yang menghasilkan imej ini, apa
yang kamu akan fikir? bagaimana atom-atom mampu menghasilkan apa yang
tidak mampu dibuat oleh beribu-ribu manusia?.
Sekiranya sebuah
alat yang menghasilkan satu imej yang lebih berbanding mata tidak
terjadi secara kebetulan, maka ianya satu bukti yang jelas, bahawa mata
dan imej yang dihasilkan oleh mata lebih lojik tidak terbentuk secara
kebetulan. Situasi yang sama juga berlaku di telinga. Bahagian telinga
luar menerima bunyi dengan aurikel dan membawa bunyi itu ke bahagian
telinga tengah; bahagian tengah telinga menukarkan getaran bunyi itu
dengan menguatkan mereka; telinga dalam menghantar getaran ini ke otak
dengan menukarkannya kepada isyarat elektrik. Sepertimana juga mata,
tindakan mendengar ini berakhir di pusat pendengaran di otak.
Situasi
di mata juga sama seperti untuk telinga. Bahawa otak adalah kedap dari
sebarang bunyi seperti mana kedap dari cahaya; ia tidak membenarkan
sebarang suara sampai ke dalamnya. Dengan itu, bagaimana bising di luar
sekalipun, bahagian dalam otak adalah keadaan yang amat sunyi. Namun,
bunyi yang paling nyaring tetap dirasakan di otak. Di dalam otak yang
kedap dari sebarang bunyi, kamu mendengar simfoni dari sebuah orkestra,
dan mendengar semua kebisingan di tempat yang sesak. Akan tetapi, jika
kadar bunyi dalam otak kamu diukur dengan alat yang tepat pada suatu
ketika, ianya didapati bahawa keadaan di dalamnya adalah sangat sunyi.
Seperti
kes pengimejan, usaha selama berdekad-dekad juga diambil untuk membuat
dan menghasilkan bunyi suara yang sama seperti yang asli. Hasil dari
usaha ini, ialah keluaran seperti perakam suara, sistem
ketepatan-tinggi, dan sistem pengesan suara. Di sebalik semua teknologi
ini dan ribuan jurutera dan pakar-pakar yang bekerja dalam usaha ini,
sehingga sekarang tidak ada satu bunyi yang terhasil yang mempunyai
ketajaman dan kejelasan yang sama seperti bunyi yang di dengar oleh
telinga. Cuba lihat kepada sistem Hi-Fi dengan kualiti yang paling
tinggi yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar dalam industri
muzik.
Bahkan dalam alat ini, ketika suara dirakamkan, setengah
darinya hilang; atau ketika menghidupkan Hi-Fi kamu selalu mendengar
bunyi desisan sebelum lagu bermula. Bagaimanapun, bunyi yang dihasilkan
oleh teknologi tubuh manusia lebih tajam dan sangat jelas. Telinga
manusia tidak pernah menerima satu bunyi bersama-sama dengan bunyi
desisan atau seperti gangguan pemancar seperti Hi-Fi; telinga menerima
bunyi persis dengan bunyi itu, tajam dan jelas. Ini adalah keadaannya
sejak penciptaan manusia.
Setakat ini, tidak ada alat visual atau
perakam yang dibuat oleh manusia begitu sensitif dan berjaya merasakan
data sensori seperti telinga dan mata.Milik Siapakah Kesedaran Melihat Dan Mendengar Yang Terdapat Dalam Otak.
Apakah
sebenarnya yang melihat segala macam godaan dunia dalam otaknya,
mendengar kepada simfoni dan bermain dengan burung, dan menghidu bau
sekuntum bunga ros?
Rangsangan yang datang dari mata, telinga dan
hidung manusia akan bergerak ke dalam otak sebagai impuls saraf
elektrokimia. Dalam buku-buku biologi, psikologi, dan biokimia, kamu
akan menemui banyak keterangan bagamana imej ini terbentuk di dalam
otak. Bagaimanapun kamu tidak dapat menjangkau fakta penting mengenai
perkara ini; siapakah sebenarnya yang merasai impuls saraf elektrokimia
ini sebagai imej-imej, bunyi, bau dan peristiwa sensori di dalam otak? Di
sana terdapat satu sifat yang sedar di dalam otak yang merasakan semua
ini tanpa merasa sebarang keperluan kepada mata, telinga dan hidung.
Siapakah pemilik kesedaran ini? Tidak diragui lagi bahawa kesedaran ini
bukanlah dimiliki olah saraf-saraf, lapisan lemak atau neuron yang
terdapat di dalam otak. Ini adalah sebab mengapa penganut
Darwinis-materialis yang percaya bahawa semua kewujudan adalah terdiri
pada material, tidak dapat menjawap soalan ini.
Sifat sedar ini
ialah roh yang diciptakan oleh Allah. Roh ini tidak memerlukan mata
untuk melihat imej, juga tidak telinga untuk mendengar bunyian. Bahkan
tidak memerlukan otak untuk berfikir.
Orang yang sedar akan
fakta saintifik dan tersirat ini akan menghayati kebesaran Allah, akan
takut kepadaNya dan meminta perlindungan dariNya, Dia yang mengeluarkan
keseluruhan alam semesta di dalam tempat yang gelap-gelita beberapa
kubik sentimeter dalam tiga-dimensi, berwarna, samar-samar, dan bentuk
yang berkilau-kilauan.
Kepercayaan Materialis.
Apa
yang kita pelajari sejauh ini menunjukkan teori evolusi adalah satu
dakwaan yang secara terbuka bertentangan dengan fakta saintifik. Dakwaan
teori ini berhubung asal usul kehidupan yang berselindung di balik
wajah sains, mekanisme-mekanisme bersifat evolusi yang dikemukakannya
tidak sedikitpun mempunyai kesan ke atas evolusi, dan rekod-rekod fosil
yang menunjukkan keperluan kepada bentuk-bentuk peralihan sebenarnya
tidak pernah wujud. Dalam kes ini, teori evolusi tersadai sebagai satu
idea yang bertentangan dengan sains. Sebagai satu kebenaran, banyak
idea-idea yang dilontarkan ke dalam dunia sepanjang sejarah, seperti
model evolusi, telah pun dibatalkan dari agenda saintifik.
Tetapi
teori evolusi ini dengan perancangan teliti telah dikekalkan dalam
agenda saintifik. Setengah orang bahkan cuba menggambarkan kritikan
teori ini sebagai 'serangan ke atas sains', tetapi kenapa?
Sebab kepada situasi ini ialah bahawa bagi setengah orang, teori evolusi ini telah menjadi kepercayaan dogmatik yang mustahak. Golongan
ini berkeras degil tunduk kepada falsafah materialisme dan terpengaruh
dengan Darwinisme sebagai penerangan alam material yang mutlak.
Mereka
kadang-kadang secara terbuka mengakuinya. Richard Lewontin pakar
genetik terkenal dari universiti Harvard dan pada masa yang sama seorang
evolusionis terkemuka mengakui bahawa dia adalah 'pertama materialis,
kemudian saintis' dalam perenggan ini;
Bukanlah bahawa metode dan
institusi sains apa cara sekalipun memaksa kita mengakui penjelasan
material mengenai fenomena dunia, tetapi sebaliknya, bahawa kita didesak
oleh kesetiaan tertinggi kita atas sebab-sebab material untuk membuat
alat-alat pengkajian dan merangka konsep yang membuahkan penerangan
bersifat kebendaan, tidak kira betapa sekalipun bertentangan dengan
intuisi, tidak kira betapa menghairankan untuk diterima. Dan lagi, materialisme adalah mutlak, maka kita tidak akan membenarkan kaki Tuhan berdiri di depan pintu.
Kenyataan
ini adalah jelas bahawa Darwinisme adalah suatu dogma yang dihidupkan
untuk suatu sokongan kepada falsafah materialisme. Dogma ini menganggap
bahawa tiada sebarang kewujudan melainkan yang bersifat kebendaan. Atas
alasan ini, ia percaya bahawa unsur bukan hidupan, iaitu zat tanpa sifat
sedar yang sebenarnya menjadikan kehidupan. Ia menerima bahawa jutaan
spesis hidupan seperti burung-burung, ikan, zirafah, harimau, serangga,
pokok, bunga-bunga, ikan paus timbul dari kesan sama seperti yang ada di
dalam benda tidak bernyawa, dalam perkataan lain hujan dan petir. Ini
adalah benar-benar bertentangan dengan akal dan sains. Tetapi golongan
darwinis terus mempertahankan kepercayaan ini sebagai usaha untuk
'menghalang kaki Tuhan berdiri di depan pintu'.
Orang yang
melihat kepada asal usul hidupan tanpa sebarang prejudis materialis
pasti akan menyedari kebenaran ini; semua benda hidupan adalah hasil
kerja Pencipta yang mempunyai kuasa yang tinggi, pengetahuan dan
kebijaksanaan.
Pencipta ini adalah Tuhan, yang menciptakan
seluruh alam semesta daripada tiada, yang menghias di dalamnya dengan
cara yang paling sempurna, mencipta dan memberikan bentuk kepada semua
makhluk hidupan.
Mereka berkata: "Maha suci Engkau, tidak ada
yang kami ketahui selian dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami:
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Tahu lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Baqarah, 32)
Semoga mendapat menfaat, apa yang baik datangnya dari Allah, dan yang silap atas kelemahan dan ganguan Syaitan yang menganggu.
Kamis, 04 Oktober 2012
MAKLUMAT MENGENAI KEJADIAN MASA DEPAN DI DALAM AL-QURAN
20.41
No comments
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar